Salam Terakhir Kamil Ab. Majid: Kenangan Dahulu, Hari Ini dan Masa Hadapan - Nur Taqiyyah - 9789670067087 - ILHAM Books
- Regular price
- RM34.00
- Regular price
-
RM40.00 - Sale price
- RM34.00
- Unit price
- per
Product Description
Daripada memori berendam di dalam parit sambil mengunyah buah yang baru dipetik, kepada digelar Budak Surau, hingga menjadi bapa kepada 6 cahaya mata, Kamil Ab Majid sering dilihat sebagai seorang yang sering memberi keutamaan kepada orang lain dalam hidupnya baik dalam hubungan luar dan juga sesama ahli keluarga. Beliau yang dikatakan pendiam dan pemalu sebenarnya mempunyai personaliti sebaliknya terutama dalam profesionnya sebagai pendidik yang akhirnya terlibat dalam jalur politik.
Anak-anak menjadi saksi bagaimana kelembutan Abah dan ketegasan Ma membentuk keluarga biarpun tiada antara mereka yang bergelar Ustaz dan Ustazah, namun mereka diajar supaya sentiasa berpegang kuat dengan tali Allah. Pahit manis kehidupan yang dialami menguji keutuhan keluarga ini dengan kedatangan insan-insan baharu dalam hidup dan juga dugaan kegeringan beliau yang sebenarnya menjadi penguat hubungan ahli-ahlinya.
Salam Terakhir Kamil Ab Majid merupakan sebuah naskhah tulisan anakanda beliau yang menyentuh setiap titik-titik penting dalam perjalanan hidupnya dan juga menjadi sebuah warkah panduan oleh sesiapa yang memerlukannya. Tulisan ini bukanlah berniat untuk mengajar tetapi lebih kepada berkongsi kepada mereka yang masih lagi tercari-cari rentak dalam mendidik anak dan membentuk keluarga.