Book Description

Dalam mengenali selok-belok hukum Islam, pengetahuan tentang sejarah pertumbuhan dan pembinaannya amat penting. Hakikat ini, bagaimanapun, tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dalam tradisi pengajian Hukum Islam di negara kita ini. Penumpuan yang lebih telah dibuat dalam memahami teks-teks hukum secara yang terpisah dari latar belakang hokum itu sendiri difatwakan oleh para fuqaha berkenaan. Hasilnya pemahaman terhadap hukum agak dangkal di samping muncul pula berbagai-bagai pegangan hukum yang tidak sebenarnya tidak sesuai dengan keadaan dan masa. Buku Sejarah Pembinaan Hukum Islam ini bertujuan untuk membetulkan kesilapan tersebut.

Buku ini mengandungi keterangan mengenai bagaimana bertumbuh dan berkembangnya metodologi para fuqaha dalam memahami hukum dari al-Quran dan as-sunnah dan bagaimana kaedah ini berbeza di antara satu sama lain sama ada pada zaman yang sama patah lagi pada zaman yang berbeza. Meskipun pada asasnya buku ini ditulis untuk para pelajar yang mengambil kursus Sejarah Hukum Islam namun buku ini diharap dapat memberi panduan dan maklumat yang bergunakepada masyarakat umum juga, terutama mereka yang mempunyai asas yang munasabah tentang hukum Islam, lebih lebih lagi di dalam mengenali apakah sebenarnya yang dikatakan perbezaan mazhab di dalam pengajian hukum Islam.

Sejarah Pembinaan Hukum Islam - Mahmood Zuhdi - 9789679940305 - UM Press

Author: Mahmood Zuhdi bin Hj. Abdul Majid

ISBN: 9789679940305

Regular price RM25.50 Sale priceRM30.00you save RM4.50
-15%
Out of stock
Product Details
Publication Year 1988
Publisher UM Press
No. of Pages 265
Weight 0.5 kg
Genre History, Islamic law, Interpretation and construction, Sources
This product is not available for pickup at any store