Bahasa Mandarin Permulaan 2 - Mok Soon Sim - 9789673637348 - UITM Press
- Regular price
- RM29.92
- Regular price
-
RM34.00 - Sale price
- RM29.92
- Unit price
- per
Product Description
Bahasa Mandarin Permulaan 2 merupakan buku kedua daripada tiga buku teks yang diterbitkan khas untuk kursus bahasa Mandarin yang ditawarkan kepada pelajar program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Buku ini juga boleh digunakan sebagai panduan atau rujukan kepada mereka yang baru ingin mempelajari bahasa Mandarin secara kendiri. Bagi mempersiapkan pelajar untuk menduduki Hanyu Shuiping Kaoshi ? ????? (HSK, Ujian Kemahiran Mandarin), buku ini telah memperkenalkan sejumlah 89 kosa kata dan 23 struktur tatabahasa yang terdapat dalam silibus HSK tahap 1 dan 2. Kemahiran pelajar bertutur bahasa Mandarin dalam kehidupan harian juga diberi keutamaan. Penekanan aspek ini dilakukan melalui rekaan dialog bersituasi berlandaskan konteks Malaysia membolehkan pelajar berkomunikasi dengan masyarakat Cina tempatan dengan lebih berkesan.
Buku teks ini mengandungi enam bab. Setiap bab mengandungi dua dialog, senarai kosa kata, latihan pengukuhan struktur ayat, latihan bertulis, tulisan aksara Cina, nota penerangan (jika berkaitan) dan kosa kata tambahan. Sebanyak 75 kosa kata aksara Cina yang terpilih diperkenalkan dalam buku ini.
Bagi memudahkan pembaca menulis aksara Cina, kod QR telah disediakan sebagai rujukan untuk setiap aksara Cina tersebut. Hanyu Pinyin ????(Sistem Perumian Bahasa Mandarin Baku) yang disertakan juga sangat membantu pelajar yang tidak mempunyai asas bahasa Mandarin untuk menyebut setiap perkataan Mandarin dengan tepat.