Purnama Batu Jed: Kisah Sebuah Keluarga Muslim di China I - 9786297510040 - Han Culture
- Regular price
- RM32.80
- Regular price
-
RM40.00 - Sale price
- RM32.80
- Unit price
- per
Product Description
Menjelang waktu subuh, dia datang ke sini.
Sebuah kereta sewa berhenti di persimpangan jalan, dia turun dari kereta itu. Berdiri sebentar, dia memandang ke sekeliling. Kemudian dia memandu ke depan, menelusuri kedai-kedai dan lorong-lorong dengan cekapnya.
Dia mengenakan baju kemeja lengan pendek berwarna putih, skirt dan kasut putih. Susuk tubuhnya kelihatan kurus langsing. Kulit badannya putih dan lembut. Mukanya berbentuk seperti buah zaitun dengan mata yang jernih dan hidung yang agak mancung dan lurus. Bibir merah jambunya yang tidak memakai gincu tertutup rapat. Tepi pipinya kelihatan seperti dua bentuk bulan sabit yang halus dan bengkok. Rambut panjangnya yang agak kerinting dibiarkan terburai di belakang telinga dan bawah leher. Cuping telinga dan lehernya tidak memakai sebarang hiasan. Meskipun rambut pelipisnya terselit uban, dia tidak kelihatan tua. Sama ada orang yang tidak mengenalinya mahupun orang yang telah melupakannya, tidak dapat membayangkan bagaimana rupanya sewaktu muda. Dia berjalan tergesa-gesa tanpa membawa sebarang beg galas yang berat. Tangannya hanya memegang sebuah kotak kertas berbentuk bulat yang putih.
Setibanya di sini, dia terasa seolah-olah baru jaga dari mimpi yang lama.
Sinaran mentari lembut bersinar, lorong kecil hening dan sunyi. Penduduk-penduduk yang bangun pagi berjalan melaluinya ---ada yang menunggang basikal, berjalan kaki, membimbing anak kecil, membawa sarapan...dia terasa diselubungi suasana yang sangat dibiasainya, namun para penduduk tidak mengenalinya, malahan tiada sesiapa pun memandangnya dengan teliti.
Dia memandang ke depan. Langit dan bumi berwarna kelabu, batu bata dan bumbung juga berwarna kelabu. Dinding di tepi jalan yang kelihatan terhakis, pernah diperbaiki berkali-kali dengan simen hitam dan kapur putih, kemudian dicat dengan warna merah, ditulis dengan slogan-slogan yang berbeza, namun kini ditutup pula. Hujan dan angin pula mengopek lapisan penutup
itu semberono dan memunculkan imej seperti tompokan pelbagai warna, kini diselubungi oleh warna kelabu. Pepohon di tepi jalan hijau kehitaman sementara rerumput di antara batu bata menghijau.
Asap rumah kelihatan berkupul-kupul dari jauh. Disebalik pancaran mentari yang samar-samar, tersergam satu-satunya
bangunan yang tinggi daripada rumah-rumah penduduk yang lain. Bumbung atapnya tajam seperti piramid, kepingan zink berwarna jingga kekuningan itu memancarkan sinar. Itulah bahagian ‘bang’ masjid, dari situlah berkumandangnya azan “Allahu Akbar! Ash- hadu alla illaha illallah! Ash-hadu anna Muhammadan Rasulullah! Hayya ‘alas solah! Hayya ‘alal falah! Allahu Akbar! Lailaha illallah!
Sini adalah kawasan penempatan muslim “Darul Islam” – terhimpunnya sekumpulan penganut yang percaya kepada Allah SWT, sebuah dunia yang berbeza kepada bukan penganutnya.