Perang Dingin dan Bermulanya Diplomatik Republik Rakyat China - 9786297510071 - Han Culture
- Regular price
- RM65.00
- Regular price
-
RM65.00 - Sale price
- RM65.00
- Unit price
- per
Product Description
22 September 1947 merupakan hari istimewa dalam sejarah Perang Dingin antarabangsa. Pada hari itu, perhatian dunia tertumpu ke Eropah, apabila konfrontasi Amerika-Soviet yang bertujuan memecahkan dunia kepada dua kem yang bersaing menemui titik perubahan.
Pada hari itu, enam belas negara Eropah, termasuk United Kingdom dan Perancis menghadiri Persidangan Ekonomi Eropah menandatangani laporan akhir Jawatankuasa Kerjasama Ekonomi Eropah di Paris. Laporan tersebut menegaskan bahawa bantuan Amerika adalah penting bagi pembinaan semula Eropah selepas perang dan hubungan erat mesti dijalin dengan Amerika Syarikat. Terdahulu, Menteri Luar Soviet V. M. Molotov telah memberi amaran kepada United Kingdom dan Perancis semasa Mesyuarat Menteri Luar tiga negara di Paris, bahawa mereka tidak harus menerima Marshall Plan yang baru dicadangkan oleh Amerika Syarikat itu, atau ia akan membahagikan Eropah kepada dua blok. Amaran Molotov ternyata sia-sia.
Kesatuan Soviet nampaknya juga bersedia untuk memisahkan Eropah dari sebelah sana. Pada hari yang sama, perwakilan komunis dari Kesatuan Soviet, negeri-negeri Eropah Timur, iaitu Perancis, Itali, dan negeri-negeri lain telah mengadakan persidangan di pusat peranginan spa di Szklarska Por?ba di Silesia, Poland yang menyaksikan penubuhan Biro Penerangan Parti Komunis dan Pekerja bagi sembilan buah negeri Eropah. Persidangan itu telah menjadikan Deklarasi terhadap Situasi Antarabangsa yang mengisytiharkan bahawa “dua kem” telah muncul di dunia: satu “kem imperialis, anti-demokrat,” dan satu lagi “kem anti-imperialis, demokrat.” Demi masa depan dunia yang cerah, “kem anti-imperialis, demokrat” sewajarnya berani berhadapan dan berjuang.