Aturcara Kontrak & Taksiran - Uzairi Haji Saidin - 9789679501025 - IBS Buku
ISBN:
9789679501025
Publisher:
IBS Buku
Stock Availability:
In stock, usually dispatch within 1 to 2 working days
Format:
Softcover
- Regular price
- RM26.10
- Regular price
-
RM29.00 - Sale price
- RM26.10
- Unit price
- per
2 item(s) left in stock!
Product Description
Aturcara Kontrak & Taksiran menampilkan panduan yang berteraskan konsep kegunapakaian pembelajaran teori dan praktikal. Pelajar diberi panduan secara sistematik dalam menjalankan proses penilaian bahan dan pengurusan pelbagai aspek yang berkaitan dengannya. Nota dan penerangan di dalam setiap aspek pengurusan diberi perhatian agar pelajar dapat memahami langkah-Iangkah yang perlu diambil dan dilaksanakan mengikut turutan yang betul. Maklumat asas yang diperlukan dalam menyediakan anggaran perbelanjaan sesuatu projek pembinaan diterangkan secara jelas dan menyeluruh bagi menguatkan lagi pemahaman mengenai perlaksanaan dan pengurusan sesuatu projek secara efektif dan teratur. Secara amnya, buku ini diharapkan dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan di dalam sesuatu projek pembinaan.
Buku ini merupakan panduan berguna bagi para pelajar kursus pembinaan di pelbagai peringkat pengajian sama ada di peringkat sekolah menengah, politeknik, kolej komuniti, institusi kemahiran, institusi latihan perindustrian atau institusi pengajian tinggi (IPT) mahupun sesiapa sahaja yang berminat di dalam pengurusan binaan. Semoga buku ini dapat membantu pelaksanaan sesuatu projek pembinaan dengan baik dan berjaya.
Topik-Topik Dalam Buku Ini:
-Tawaran
-Kandungan Dokumen Tawaran
-Iklan Tawaran
-Proses Jemputan dan Tawaran
-Kontrak
-Syarat-Syarat Umum Kontrak
-Taksiran
-Kadar Binaan Harga
-Ukur Kuantiti
-Abstrak dan Menyenarai