Hikayat Raja Pasai - 9789672165620 - SIRD

Hikayat Raja Pasai - 9789672165620 - SIRD

ISBN: 9789672165620
Publisher: SIRD
Stock Availability: Out of Stock - Kindly contact Customer Service for more info
Format: Paperback
Regular price
RM29.75
Regular price
RM35.00
Sale price
RM29.75
0 item(s) left in stock!

Authenticity & Brand New Guarantee

All books are brand new and sourced directly from the publisher or authorised distributors
We guarantee the authenticity in all our books or 100% money back guarantee

Courier Delivery

In stock items are usually dispatched within 1 working day
Expected delivery within 1 to 3 working days
Ships from Shah Alam, Selangor

Self Pick-Up (By Appointment Only)

1. Contact Customer Service (018-389 8801) by call / WhatsApp to reconfirm stock availabilty
2. Select Self Pick-Up option during checkout and make payment online (we do not accept in-store payment)
3. Provide collector's name, mobile and pick-up time

Self Pick-Up Hours
Monday to Friday (except public holidays)
Morning: 9.00am - 12.00pm
Afternoon: 2.00pm - 5.00pm

  • MyBuku.com

Product Description

Sekalipun sering dianggap sebagai karya pertama sastera klasik Melayu oleh kaum sarjana yang meminati ilmu pengajian Melayu, dan tela’ah demi tela’ah telah dilakukan terhadapnya sejak pertengahan abad ke-19, namun Hikayat Raja Pasai, belum pernah dikaji secara mendalam oleh sejarawan. Penerbitan edisi terbaru karya yang melakar zaman awal kedatangan Islam di Sumatera Utara oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam ini adalah percubaan terkini beliau untuk mengetengahkan beberapa tafsiran baru mengenai karya klasik Melayu yang belum pernah diungkapkan oleh mana-mana kajian; satu daripadanya ialah aspek tasawuf di dalam karya itu.

Sejarawan Prof. Ahmat Adam (lahir Mac 24, 1941) terkenal dengan karyanya, The Vernacular Press and the Emergence of Indonesian Consciousness (1855-1913) (1995). Sebuah lagi karyanya, Letters of Sincerity The Raffles Collection of Malay Letters (1780 -1824) (terbit 2009), iaitu mengenai warkah Melayu, yang turut menyentuh makna huruf-huruf tertentu al-Quran dan erti angka dalam perlambangan sufi, sekali lagi menjadi rujukan dalam perbincangannya mengenai aspek tasawuf yang terdapat dalam karya sastera sejarah yang diketengahkan ini. Seperti biasa, sikap kritis beliau terhadap kajian mengenai manuskrip Melayu pada masa yang lepas-lepas ditunjukkan lagi dalam penulisan buku ini.Diharapkan karya Hikayat Raja Pasai suntingan sejarawan veteran ini dapat memanfaatkan pembaca dan mereka yang meminati bidang pengajian Melayu umumnya, serta kaum pelajar yang cuba memahami beberapa aspek daripada apa yang disebut sebagai kesusasteraan sejarah orang Melayu.

Recently Viewed Products