Falsafah dan Isu Semasa - Asmaa Mohd Arshad - 9789673639885 - UiTM Press

Falsafah dan Isu Semasa - Asmaa Mohd Arshad - 9789673639885 - UiTM Press

ISBN: 9789673639885
Publisher: Penerbit UiTM PRESS
Stock Availability: Out of Stock - Kindly contact Customer Service for more info
Format: Paperback
Regular price
RM36.96
Regular price
RM42.00
Sale price
RM36.96
0 item(s) left in stock!

Authenticity & Brand New Guarantee

All books are brand new and sourced directly from the publisher or authorised distributors
We guarantee the authenticity in all our books or 100% money back guarantee

Courier Delivery

In stock items are usually dispatched within 1 working day
Expected delivery within 1 to 3 working days
Ships from Shah Alam, Selangor

Self Pick-Up (By Appointment Only)

1. Contact Customer Service (018-389 8801) by call / WhatsApp to reconfirm stock availabilty
2. Select Self Pick-Up option during checkout and make payment online (we do not accept in-store payment)
3. Provide collector's name, mobile and pick-up time

Self Pick-Up Hours
Monday to Friday (except public holidays)
Morning: 9.00am - 12.00pm
Afternoon: 2.00pm - 5.00pm

  • MyBuku.com

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)

Product Description

Falsafah dan Isu Semasa adalah buku rujukan mata pelajaran pengajian umum yang merupakan kursus teras universiti yang wajib diambil oleh semua mahasiswa pada peringkat ljazah Sarjana Muda. Buku ini merupakan sebagai medium untuk semua pelajar memperkayakan ilmu dengan memahami korpus ilmu berkaitan falsafah dan menghubungkaitkannya dengan isu-isu semasa dalam masyarakat. Terdapat lapan (8) bab yang membincangkan tentang pengenalan ilmu falsafah termasuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Penulisan ini turut memberi fokus kepada aliran falsafah dan kategori ilmu falsafah. Di samping itu, perbincangan berkaitan seni dan kaedah berfikir turut dimasukkan sebagai panduan tentang kepentingan hujah dalam membuat inferens untuk mengelak prasangka dan bias dalam keputusan yang diterima dan dihasilkan. Selanjutnya huraian berkaitan asal usul manusia, hakikat insan, konsep insan kamil dan sejahtera diketengahkan agar semua individu memahami tugas dan fungsi yang perlu dilaksana berpandukan saranan agama masing-masing. Buku ini turut memberi fokus kepada penjelasan tentang metafizik, teori hubungan insan dan Tuhan serta teori hubungan insan dan alam. Selain itu, untuk mengukuhkan ilmu yang dimiliki, buku ini mengupas tentang epistemologi (teori ilmu) yang berkisar tentang sifat, syarat, ciri, sumber dan batas ilmu yang boleh diketahui oleh manusia. Tambahan, setiap manusia dihadapkan dengan pelbagai ideologi semasa yang sukar untuk dipudarkan antaranya ialah idea sekularisme iaitu pemisahan antara aspek wahyu dan akal. Buku ini diakhiri dengan topik dekolonisasi bagi membebaskan minda individu daripada dipengaruhi oleh penjajahan minda yang berunsurkan pembaratan atau kebebasan tanpa sempadan. Penulisan dan penerbitan buku ini bukan sahaja bersesuaian dengan para mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengambil kursus ini bahkan ia dapat memberi pengetahuan asas kepada pembaca umum untuk mendapatkan tasawur tentang ilmu falsafah, cabangnya serta kepentingannya dalam kehidupan. Justeru, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada semua dalam usaha memartabatkan fungsi minda ke arah kecemerlangan ummah

Recently Viewed Products