Kesalinghubungan China-ASEAN - 9786297510064 - Han Culture
- Regular price
- RM50.00
- Regular price
-
RM50.00 - Sale price
- RM50.00
- Unit price
- per
Product Description
ASEAN ialah saluran penting untuk membuka peluang berhubung dengan dunia luar. ASEAN juga merupakan medan ujian China bagi mempromosikan konsep dasar luar untuk ‘bersikap baik dengan jiran-jiran dan jiran sebagai rakan kongsi’ dan ‘kesejahteraan jiran, keamanan jiran dan kemakmuran jiran’. Hal ini memainkan peranan penting dalam membina persekitaran antarabangsa yang aman damai. Kesalinghubungan China-ASEAN boleh mewujudkan peluang kepentingan bersama bagi kedua-dua belah pihak, meningkatkan kebergantungan bersama dan memperkukuh asas kesalinghubungan China-ASEAN. Kesalinghubungan China-ASEAN yang berteraskan perhubungan pengangkutan telah bermula seawal 1990-an, tetapi hubungan tersebut mempunyai nama dan kandungan berlainan pada tempoh yang berbeza. Cadangan pembinaan pelan Satu Jalur Satu Jalan China dan pembinaan Komuniti ASEAN telah menyebabkan perhubungan dan kebolehoperasian China-ASEAN menghadapi peluang bersejarah dan suasana baharu. Pelaksanaan Satu Jalur Satu Jalan adalah titik mula yang penting untuk pembukaan menyeluruh negara China pada zaman ini dan menjadi susun atur strategik peringkat negara yang baharu kepada generasi pemimpin baharu. Galakan terhadap pernyataan Satu Jalur Satu Jalan akan membuatkannya membentuk corak baharu pembukaan seluruh China. Langkah ini amat penting untuk perkembangan masa depan China. Intipati utama Satu Jalur Satu Jalan adalah membuka saluran ke arah barat dan selatan China, dan ASEAN merupakan bahagian yang amat penting dalam matlamat ini. Menggalakkan kesalinghubungan China-ASEAN bukan hanya sudut penting dalam pembinaan inisiatif Satu Jalur Satu Jalan China, tetapi juga menjadi penyumbang asas paling kukuh dan berpeluang tinggi untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam inisiatif ini. Walaupun pembinaan kesalinghubungan China-ASEAN mempunyai kepentingan besar dan peluang yang luas, ia tertakluk kepada pengaruh dan kekangan dalaman China dan negara-negara ASEAN, corak perkembangan serantau, keadaan kewangan dan teknologi sedia ada. Pembinaan kesalinghubungan China-ASEAN menghadapi banyak kesukaran dan cabaran. Masalah-masalah tersebut perlu segera diberi perhatian serius dan tindakan secara proaktif untuk menghadapinya. Dalam keadaan ini, amat penting dan perlu untuk memperkukuhkan penyelidikan langkah balas bagi menonjolkan kesalinghubungan China-ASEAN.